Sunday 13 October 2013

Cahaya, Mimpi dan Realiti

Bismillahirahmanirahim....Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahailallah,Allahuaakbar...Allahumma solli wa salim wa barik a'la Saidina Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasalim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sekadar ingin berkongsi pengalaman.....

CAHAYA

Sungguh...!! Benar apa yang ku lihat berkali-kali..apakah ia..apakah ia..apakah ia..menimbulkan pelbagai persoalan di dalam benak otak kepalaku...Ya Allah aku memohon PetunjukMu...masih ku teringat pertama kali ku melihat 'cahaya' itu...kehadirannya semasa ku mendirikan solat Taubat...Allah Maha Mengetahui Segalanya..perasaan ku..penampakanku...ketakutanku...Rakaat pertama ku terganggu disebabkan 'cahaya' itu...astaghfirullah maafkan ku Ya Allah kerana hambaMu lalai dan tak khusyuk dalam solat...masih ku terbayangkan 'cahaya' itu muncul pada sebelah kanan dipenjuru almari dan meja belajarku..pada mulanya ia statik namun ku biarkan...ku sangkakan silau dari luar jendela..bila aku merasakan seolah-olah ada yg cuba menyentuhku dari belakang semasa rakaat pertama..aku melepaskan pandangan pada 'cahaya' itu...MasyaAllah...ia bergerak lalu ghaib...lalu ku terduduk di atas sejadah dengan tangisan...tubuhku mengigil..lalu ku capai Al-Quran dan ku peluk erat..aku menuju ke katil..dan duduk di atas katil dengan Al-Quran ditanganku..ku cium-ciumnya dan menangis..menangis..menangis...sungguh ku merasa ketakutan yang tidak pernah ku bayangkan dan ku rasakan seumur hidupku...aku bersyukur punya sahabat yang sudi mendengar luahan ku masa itu...begitu juga dengan keluargaku..syukur alhamdulillah...dan aku kembali tenang dan tenang sehinggalah aku mengulangi solat Taubatku..jika tak salah..mula dibayangi 'cahaya tu pada bulan 4/2013...sampai sekarang masih lagi penampakan 'cahaya' itu..ini bukan MIMPI tapi REALITI...hanya pada hari-hari tertentu..kadang berturut2...bila ku ternampak aku akan diamkan dahulu daripada keluargaku kerana setiap kali ku ternampak, kaki dan tanganku pasti akan menyejuk seperti ais dan badanku mengigil...dan esok-esoknya baru aku ceritakan pada keluargaku..Alhamdulillah mereka pendengar yang baik dan memahami..dan mereka juga memberikan semangat buatku..syukur Alhamdulillah...Ya Allah, aku memohon perlindungan dariMu...


REALITI

kejadian ini berlaku pada malam hari sewaktu ingin tidur...malam itu sangat tenang...ku lihat mak dan adik sudah nyenyak di buai mimpi ( mungkin )...aku pula berusaha untuk tidur dan lelapkan mata...ku pejamkan mata menunggu untuk terlelap...tapi agak sukar untuk ku melelapkan mata mungkin kah kerana muka ku masih dibasahi wuduk masa itu...dan merasa 'fresh' kembali...huhu...apabila aku cuba dan cuba tuk melelapkan diri..aku membukakan mata sekejap untuk memperbetulkan posisi baring ke kanan kerana masa itu aku tidur terlentang...dan...SUBHANALLAH...semasa ku bukakan mata, aku sangat terkejut..aku melihat 'cahaya' bulat besar memenuhi atas siling bilik...dan ketika itu aku berhadapan dengan cahaya itu..selari dengan penglihatan mataku...aku cuba untuk mengerakkan badan..namun sukar..seolah2 ada sesuatu yang menghalang ku untuk bergerak..Ya Allah tidak dapat ku bayangkan perasaan ku masa tu..aku cuba menjerit..tapi seolah2 jeritanku tu hanya sia2..masa itu aku tawakal dan perbanyakkan berdoa didalam hati dan ku pejam kan mata...bila ku bukakkan mata..aku merasakan tubuh mungkinkah 'roh' seolah-olah terangkat menuju 'cahaya' itu...aku lihat berwarna warni dan bercahaya2 tubuhku masa itu...Subhanallah cantik..dalam otak fikiran ku..adakah ini AJAL..tetapi kenapa aku tidak merasakan kesakitan sedikit pun...bila ku teringat kisah Rasulullah dan Malaikat Maut..MATI itu sakit..sedangkan Rasulullah merasa sakit saat di ambang kematian Baginda..dan mungkin juga sebelum tidur aku ada berdoa ( doa dirahsiakan ) adakah ia petunjuk??WALLAHUALAM...masa aku meraung2 kerana melihat diriku terangkat pergi cahaya itu..aku merasakan AJAL ku sudah tiba...aku menjerit dan menjerit "Jangan ambil nyawaku...aku belum membahagiakan orang tua ku"..Ya  Allah... ( menangis pula taip menaip ni...huhu ) ...dan bila ku pejamkan mata dan buka..keadaan seperti sediakala tenang...seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku...aku mengigil ketakutan...aku lihat mak..aku lihat adik..dua2 masih nyenyak tidur..aku cuba cari sumber cahaya itu..mana lah tau pancaran dari mana2..tapi tidak ada...tingkap tertutup..mana mungkin ada cahaya sebesar dan bulat yang boleh memenuhi siling bilik itu melainkan aku menyuluhnya sendiri dengan lampu suluh putih besar dari posisi tempat tidurku..dan aku yakin aku tidak bermimpi..aku yakin ianya realiti..Kejadian itu masih lagi ku terbayang-bayang setiap malam sebelum tidurku..kadang aku terfikir..mungkin itulah sekali seumur idup ku lalui..mungkin tidak berpeluang lagi..huhu..mungkin juga itu PETUNJUK  yang ku minta dariNya..Ya Allah..sesungguhnya hambaMu ini masih lemah imannya..

MIMPI

kejadian ini pula baru sahaja aku lalui..dalam bulan lepas bulan 9/2013...mimpi ini lah hadiah yang tidak pernah aku lupakan...sebelum mimpi ini, 2 hari sebelum itu aku ternampak penampakan 'cahaya' ia muncul lalu ghaib namun aku sempat tersenyum pada cahaya itu..aku masih teringat salah seorang kawan..dia berkata mungkin itu malaikat..jika ternampak beri salam..wallahualam..tapi aku tidak cukup berani untuk berbuat demikian..kaku dan takut menyelubungi diri..huhu..okey berbalik dengan MIMPI ku ni...masa ni bru lepas ZOHOR...aku pun baring-baring la di katil sambil membaca...sebenarnyaa aku cari mengenai cahaya itu..manalah tahu ada sesiapa yang ada pengalaman macam aku ni..macam-macam yang ku jumpa..karamah, jin, malaikat dan banyak lagi la...time tu mengantuk sangat...so bila nak tidur tu..aku berdoa lagi..semoga Allah memberikanku PETUNJUK mengenai cahaya itu...okey...aku ceritakan mimpi tu..READY?? Gooo.....

Aku mengimbas kembali mimpi tu..masa itu aku berada di bangunan baru..sebelah bangunan itu ada dewan..dan aku seolah-olah berada di perhentian bas atau penjuru bangunan masa tu ( pasal ni aku tak pasti..tak jelas ) ...dannn aku d kerumuni oleh adik-adik bertelekung...semua pakai telekung time tu..aku terfikir mungkin adik-adik Kembara Cinta Rasul..sbb masa tu aku dalam dilema nak join KCR or tak..huhu..okey kita sambung..masa tu adik-adik tu nak masuk ke dalam dewan dah..xtau ada apa dalam dewan tu..tiba2 aku ternampak kawan sekolah rendah..pakai baju sekolah rendah..tapi masa tu mereka tak berubah macam zaman sekolah dlu..aku masih ingat muka dorg..tengah tunggu bas kot time tu...dan bila tiba bas nak ambil penumpang..semua naik bas itu..tapi aku tak..aku tak tahu kenapa aku tak naik bas tu...dan muncul pula satu beca alar basikal ka or motor yg ambi penumpang tu ( yang ni pon agak samar2 seituasinya ) tapi yang PASTI..aku kenal siapa yg bawa kenderaan tu...USTAZ MAULANA..alarr ustaz dalam ISLAM ITU INDAH..saya minat ustaz ni...masa aku nak naik boleh pula dia kata dengan aku " Cantik juga dia ni depan2" ...lpastu dia senyum2 sambil tutup mulut...yang aku ni agak jual mahal la sangat..tak senyum langsung...sebab dalam hati "macamlah kita pernah jumpa sebelum ni" ...adehhh tak tau apa motif aku ckp bgitu...okeyy..masa itu kami ada berdialog..dia tanya "nak pergi mana??", "mencari cinta/redha Allah" ( yang ni pon aku samar2 gak time ni..dia ckp cinta atau redha) ...dalam hatiku "belum jawab tapi dia sendiri jawabkan" aku pun angguk2 kan kepala dan aku duduk di depan...dalam perjalanan tu...aku pun tidak pasti jalan itu seolah2 dalam lombong...jalan yang agak putus2 tapi perjalanan kami smooth je..sedangkan time tu aku ketakutan tgk seolah2 jambatan yang tak elok..dalam hati berdoa tak putus-putus..terok sangat jalan tu terpisah2..tapi perjalanan kami tak ada masalah...apa yang aku terkejut..sepanjang perjalanan itu..kami berzikir..SUBHANALLAH..Ustaz tu pun berzikir...merdu suara ustaz tu berzikir...Smoga murah rezkimu ustaz maulana..meskipun kita hanya jumpa di mimpi...hehe..lepas tu aku sedar memang time tu aku berada di dalam sebuah lombong..aku pelik melihat harta bertimbun..banyakk sangat mengunung..dan ustaz itu tunjuk ke arah harta-harta itu..dan berkata "Itulah harta orang kafir.." dan perjalanan kami diteruskan...masa tu aku rasa berada ditempat lain..seolah-olah ada TV kecik didepan...aku tak tengok TV tu sebab agak rimas kerana ustaz tu dekat-dekat seolah2 nak memeluk..aku pejamkan mata.. ( kejadian di sini best..aku trbangun dr mimpi 2 kali..tp yang bestnya mimpi tu bersambung sebanyak 2 kali..Subhanallah..!! ) masa aku paksa diriku tidur tuk sambung mimpi tu..alhamdulillah atas izinNya mimpi ku bersambung..dalam mimpi itu juga keadaanku baru bangun tidur...tidurku terganggu akibat jeritan seorang wanita..menjerit-jerit "CAHAYA ITU SUDAH DEKAT..CAHAYA ITU SUDAH DEKAT" lalu aku bangun melihat ke luar jendela..aku tidak tahu aku berada di mana masa tu..dalam ruma atau atas kapal...perempuan bergaun putih itu cuba untuk melompat ke bawah aku pon tak tahu untuk apa dan ke mana..aku mencari-cari cahaya itu..keadaan masa itu langit biruuuuu tanpa awan putih...cantik sangat...namun lama kelamaan aku perasan ada sebaris awan putih yang mengelilingi bumi...Subhanallah...Allahuakbar...aku meneliti disebalik yang tersembunyi pada awan itu...rupa-rupanya kalimah "LAAILAHAILLALLAH" subhanallah...cantik sangatt...lalu aku terbangun dari tidur dan menangis...tanpa pengetahuan mak aku time tu...masa aaku terbangun tu..xlama lpastu azan solat fardhu asar..Ya Allah disitu aku menangis dan menangis..mungkinkah ianya petunjuk doaku...dan aku berharap mimpi itu dari Allah..AAMIIN..

SEKIAN..itu sahaja aku dapat share...apa yang baik itu datang dariNYA..dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan  ku..apa yang terjadi semua ini...tambah mengukuhkan CINTAku pada Allah...dan jadikanlah pengalaman ku ini..sebagai tanda "TIADA ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH"...teruskan ISTIQOMAH dalam beribadah...beribadah biar jujur dan ikhlas...sentiasa lah mengharap redha, petunjuk, cinta dan cahayaNya...jika kita mahu dicintai Allah..taati perintahNya dan sunnah rasulNya...semoga kita di kalangan hamba yang dicintai dan dikasihiNya..Aamiin Ya Rabbi..

No comments:

Post a Comment